aku IBU - jenis manakah aku
Ramai yang boleh mandapat gelaran ibu.
mudah dan senang...
selepas melahirkan, insan yg bergelar wanita itu secara automatik menerima
gelaran ibu.. seperti juga gelaran2 yang lainnya..
Persoalannya..
apakah aku IBU yang memudahkan anak2.
apakah aku IBU yang memberi kebahagian yang sebenarnya kepada anak2
apakah aku IBU yang membimbing dan mendidik anak2 pada jalan yang benar disisi Allah.
apakah jenis IBU yang aku sedang lakukan..
Takutnya aku bila melihat anak rimas dengan leteran.
Bimbangnya aku bila melihat perubahan gerak geri anak bila berhadapan dengan ibu.
kenapa, mengapa....
Jawapannya kerana aku IBU yang tidak sempurna.
Tidak sempurna dalam cara mendidik anak.
Tidak sempurna dalam cara menasihati anak.
Tidak sempurna dalam cara membetulkan kesilapan anak.
Walau ilmu ada didada.
Walau tahu sejuta cara.
Namun kesedaran saja tidak cukup.
Segalanya perlukan keikhlasan hati merubah cara dan gaya
demi kebaikan perkembangan anak2..
Penyesalan yg disusuli kesilapan berulang kali hanya menambah derita dijiwa.
Allah berikan aku kekuatan dan berikan aku pertolongan
dalam usaha untuk merubah diri menjadi IBU Mithali..
IBU yang membahagiakan anak dengan cara dan suasana yang betul dan benar.
IBU yang membawa dan membimbing anak2nya kejalan Allah dengan cara yang betul dan benar.
Aminnnnnnnnnn
No comments:
Post a Comment