Sekilas ku pandang wajah tua yang berkerut..berkulit sawo matang dan memiliki susuk tubuh yang agak kurus tapi tidak kelihatan lesu.
Berbasikal, berkasut capal..lusuh, selusuh baju dan seluar yang dipakai.
Namu kehairanan bermain di kepalaku...apabila ku melihat riak senyum yang manis, sungguh manis..
Senyuman yang menampakkan sinar ria dijiwa
manis senyumnya walau dalam keadaan sebegitu...
di waktu ini aku mengenali apa harga bahagia.
Saat ini ku dipertemukan pula dengan wajah yang suram, kelat dan kelihatan kekesalan.
walau sedang duduk dikerusi empuk kereta Honda yang mewah.
Walau hanya tidak sampai seminit namun dapat kurasakan bahawa pemilik kereta mewah ini tidak bahagia..entah hanya disaat ini atau itulah kehidupan yg selalu dilaluinya..
Dengan ini aku insaf akan harganya bahagian dan kedamaian jiwa.
Pak cik tua yang lusuh segala. Sipemilik Honda mewah menjalar membawa kotak fikir ku ke lubuk keinsafan dan cuba mencari dan membina bahagian jiwa.
No comments:
Post a Comment