Sunday, February 7, 2010

MILIK ku KEPUNYAan.. Ku???

Semua insan memiliki.
semua yg dimiliki insan adalah pemberian dari yang maha pencipta segala.
Ada yang memiliki kurang dari yg diingini.
ada yang memiliki cukup untuk kegunaan sendiri.
ada juga yang memiliki lebih dari keperluan diri.

Namun segala itu bukanlah ukuran kepada kebahagiaan.
Ada yang bahagia walau hanya meMILIKi hanya sedikit dari rezeki Allah.
Namun ada insan yang tidak bahagian dan sentiasa merasa gelisah walau meMILIKi banyaknya harta.

kenapa?????
ITU LAH NIKMAT yang Allah kurniakan.
Hamba yang beruntung itu adalah hamba yang berjaya meMILIKI kebahagiaan hakiki.
Yang dapat meMILIKi lebih dari keperluan diri dan dapat digunakan MILIKnya bagi memenuhi keperluan insan lain.

Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih mulia dan disayangi oleh Allah daripada tangan yang menerima.
Jadilah kita orang yang suka memberi dan berkongsi apa yang Allah anugerahkan kepada kita. Semoga dengan itu jiwa kita akan sentiasa aman dan bahagia sehingga kita kembali kepadanya...

Untuk memberi tidak hanya perlu meMILIKI banyak harta, kerana sebaik2 hadiah dan sedekah yang Allah sediakan adalah bacaan AlFatihah.

Pilihlah kerana Allah menyediakan banyak pilihan untuk kita mencari bahagia dan kasih sayangNya.
Kita tetap berpeluang untuk memberi walau tidak meMILIKi banyak harta.
Apa yang penting jika kita meMILIKi banyak ilmu maka mudahlah
kita meMILIKi apa yang kita mahu.

No comments:

Post a Comment